Logo

Pakej Umrah & Ziarah Mesir

Pakej Umrah + Ziarah Mesir
TARIKH CADANGAN
PENERBANGAN
TEMPOH
HARGA DARI
(4 SEBILIK)
14 - 26 Mac
EGYPT
13H / 11M RM 6,050
16 - 30 Mac
EGYPT
15H / 13M RM 6,250
19 APR –  02 MAY
EGYPT
15H / 13M RM 6,000
27 May - 10 Jun
EGYPT
15H / 13M RM 6,750
30 May - 13 Jun
EGYPT
15H / 13M RM 6,750
01 - 15 Jun
EGYPT
15H / 13M RM 6,750

 

ATURCARA PAKEJ

HARI 01 : KUALA LUMPUR
Jemaah dikehendaki berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas.

HARI 02 : KUALA LUMPUR / CAIRO
Berlepas ke Cairo dengan penerbangan EGYPT AIR MS 971  jam 0130 pagi dan  dijangka tiba di Cairo jam 0630 pagi.  Setiba di Cairo , para jemaah akan disambut oleh wakil kami. Setelah urusan imigrisin dan bagasi selesai para jemaah akan di bawa ke hotel untuk berehat.   Selepas solat zohor dan makan tengahari , para jemaah akan dibawa ke : Masjid Amru Al-Ass ( masjid pertama dibina di Benua Afrika ) / Masjid dan maqam Imam Shafie / Kubu pertahanan Sultan salahuddin Al-Ayubbi / Istana Jawhara / Masjid Muhamad Ali Pasha / Medan Anwar Sadat . Selesai lawatan , balik ke hotel untuk berehat dan makan malam.

HARI 03 : CAIRO                               
Selepas sarapan pagi , para jemaah akan dibawa melawat : Pyramid / Sphinx / Bazar Minyak Wangi / Bazar Papyrus / Masjid Al-Azhar / Masjid Saidina Hussain / Membeli-belah di Bazar Khan Khalili / Menaiki bot menyusuri Sungai Nil.  Selesai lawatan , balik ke hotel untuk berehat dan makan malam.

HARI 04 : CAIRO / ALEXANDRIA
Selepas sarapan pagi , bertolak ke Bandaraya Iskandariah. Melawat : Istana Raja Farouk / Taman Bunga Montaza / Makam Nabi Dadiel / Makam Lukman Al-Hakim / Masjid Mursi Abu Abbas / Bergambar di hadapan Perpustakaan Iskandariah (
Perpustakaan tertua di dunia ) / Kubu Sultan Abdul Naser Qaitbey. Petang balik ke Cairo

HARI 05 : CAIRO / JEDDAH / MADINAH     
Selepas sarapan pagi , para jemaah akan dibawa ke kilang membuat barang-barang Kristal ( Kristal Asfour ). Selesai di sana , bertolak ke Lapanganterbang Cairo untuk penerbangan ke Jeddah. Berlepas jam 1530 petang dan dijangka tiba jam 1730 petang. Semasa di imigresen Madinah ,para jemaah dikehendaki beratur mengikut mahram masing-masing. Selesai mengambil bagasi dan keluar dari lapanganterbang Jeddah ,  para jemaah akan disambut oleh wakil syarikat dan akan dibawa ke Madinah dengan menaiki bas. Setiba di Madinah, para jemaah akan ditempatkan di bilik untuk berehat.

HARI 06 : MADINAH                                     
Selepas solat subuh , para jemaah akan dibawa menziarahi Maqam Rasulullah SAW / Saidina Abu Bakar / Saidina Umar / Raudah / Perkuburan Baqi.

HARI 07 : MADINAH                                     
Selepasa sarapan pagi , para jemaah akan di bawa melawat ke :  Masjid Quba / Masjid Qiblatain / Bukit Uhud / Maqam Shuhadak Uhud / Kebun Kurma / Kilang percetakan Al-Quran / Pasar Kurma.

HARI 08 : MADINAH / MEKAH                          
Selepas solat asar para jemaah dikehendaki melakukan Ziarah Widak di Maqam Rasulullah.  Berlepas  ke Mekah Al- Mukarramah dengan pakaian ihram. Para jemaah akan berhenti Miqat ( niat mengerjakan umrah ) di Bir Ali. Kemudian bas akan terus  membawa jemaah ke hotel di Mekah. Selepas berehat , jemaah akan mengerjakan  umrah dengan dipimpin oleh seorang mutawwif

HARI 09 : MEKAH                                         
Acara bebas sepanjang hari . Jemaah digalakkan memperbanyakkan  melakukan ibadah samada mengerjakan ibadah umrah , berzikir atau beriktikaf di Masjidil Haram.

HARI 10 : MEKAH / ZIARAH                                    
Selepas sarapan pagi , para jemaah akan dibawa melawat ke : Jabal Nur /  Jabal Tsur / Arafah /  Muzdhalifah / Jabal Rahmah / Mina / Jaaranah (jemaah boleh berniat ihram di Jaaranah bagi menyempurnakan ibadah umrah

HARI 11 - 13 : MEKAH / HUDAIBIYYAH      
Acara bebas sepanjang hari . Jemaah digalakkan memperbanyakkan  melakukan ibadah samada mengerjakan ibadah umrah , berzikir atau beriktikaf di Masjidil Haram.
Pihak kami akan mengatur lawatan ke Kilang Kelambu Kaabah , Hudaibiyah dan Ladang Ternakan Unta.
Para jemaah boleh berniat ihram di Hudaibiyyah. ( Bagi mereka yang ingin melakukan umrah )

HARI 14 : MEKAH / JEDDAH / CAIRO         
Hari terakhir di Mekah.
Para jemaah dikehendaki melakukan tawaf widak sebelum bertolak ke Lapanganterbang Jeddah. 
Berlepas pulang ke Cairo dengan pesawat MS 664 jam 0330 pagi dan dijangka tiba di Cairo jam 0545 pagi. Kemudian para jemaah akan transit di lapanganterbang Cairo. Hotel dan makan disediakan

HARI 15 : KUALA LUMPUR.                         
meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur dengan pesawat MS970 jam 0115 dan dijangka tiba di KLIA  jam 16:15 petang

# harga dan aturcara lawatan tertakluk kepada pindaan tanpa notis.

PENGINAPAN :

Tempat

Nama Hotel

Mekah SARAYA IMAN Hotel @ setaraf  ( AJYAD , +- 150 m dari Masjid Al-Haram)
Madinah FAYRUZ SHATTA Hotel @ setaraf (+- 70 m dari Masjid Nabawi)
Mesir EUROPA Hotel @ setaraf ( 3* )

Harga Termasuk:

  1. Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi dan balik, cukai lapangan terbang
  2. Penginapan di hotel bertaraf 3 bintang (2 orang sebilik di Cairo )dan (4 orang sebilik di Mekah dan Madinah)
  3. Pengurusan visa umrah
  4. Lawatan seperti dalam aturcara
  5. Sarapan pagi, makan tengahari dan  makan malam mengikut aturcara
  6. Air panas dan sejuk 24 jam disediakan
  7. Pengangkutan seperti dalam aturcara

Percuma : Beg kembara dari AL-KAWSAR Travel / Beg sandang / Kain ihram / Kain telekung dan Air zamzam 10 liter seorang

Harga TIDAK termasuk:

  1. Segala perkhidmatan tambahan di hotel
  2. Bayaran barangan lebih had
  3. Insuran perjalanan peribadi
  4. Tips untuk pemandu bas dan pemandu pelancung (ikhlas)

Nota :
1. Al-Kawsar memerlukan pasport yang original dan keping gambar berwarna berukuran 4cm X
    6cm , berlatarbelakang warna putih , tidak memakai  kopiah saiz muka di gambar 70%-80%
    Dokumen dan gambar ini perlu diserahkan kepada  Al-Kawsar selewat-lewatnya  sebulan
    sebelum  tarikh berlepas.
2. Sebarang kenaikan bahan api (fuel surcharge) oleh syarikat  penerbangan akan ditanggung  
    sepenuhnya oleh peserta.
3. Tambahan sebanyak RM400 seorang bagi bilik 2 orang sebilik dan RM200 seorang 3 orang
     Sebilik
4.   Harga tertakluk kepada pertukaran matawang asing , caj minyak dan harga tiket kapalterbang

 

PENDAFTARAN:
1.  Bayaran deposit sebanyak RM 500.00 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 30
     hari sebelum berlepas. Bayaran boleh dibuat secara  tunai ke pejabat atau dimasukkan ke     
     akaun :

Al-Kawsar Travel & Tours Sdn Bhd
No Akaun: 5627 8600 7683
Maybank Islamic Berhad
Cawangan Kota Kemuning , Shah Alam

 

Pakej Menarik

Cairo

Fayyoum

Iskandariah

Sinai