
Pakej Umrah & Ziarah Mesir
Umrah & Ziarah Mesir |
TARIKH
|
PENERBANGAN
|
TEMPOH
|
HARGA DARI
(4/3 SEBILIK) |
| 15 - 29 Dis 2010 |
EGYPT AIR |
15 HARI |
RM 7,800 |
ATURCARA PAKEJ :
HARI 01 : KUALA LUMPUR / CAIRO
Para jemaah dikehendaki berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas. Berlepas ke Cairo dengan penerbangan EGYPT AIR MS 969 jam 2345 malam dan dijangka tiba di Cairo jam 0650 pagi.
HARI 2 : CAIRO
Setiba di Cairo , para jemaah akan disambut oleh wakil kami. Setelah urusan imigrisin dan bagasi selesai para jemaah akan di bawa ke hotel untuk berehat.
Selepas solat zohor dan makan tengahari , para jemaah akan dibawa ke : Masjid Amru Al-Ass ( masjid pertama dibina di Benua Afrika ) / Masjid dan maqam Imam Shafie / Kubu pertahanan Sultan Salahuddin Al-Ayubbi / Istana Jawhara / Masjid Muhamad Ali Pasha / Medan Anwar Sadat / Panorama Perang 6 Oktober 1973. Selesai lawatan , balik ke hotel untuk berehat dan makan malam.
HARI 03 : CAIRO / ISKANDARIAH
Selepas sarapan pagi , para jemaah akan di bawa ke Bandaraya Iskandariah yang terletak di persisiran Laut Madetarranean . Perjalanan mengambil masa lebihkurang 4-5 jam dan di sana para jemaah akan melawat : Maqam nabi Daniel / Maqam Lukman Al-Hakim / Kebun Bunga Montaza / Istana Raja Farouk / Kubu Pertahanan Sultan Qaitbey / Maqam Imam Al-Busiri. Selesai lawatan , balik ke Kaherah
HARI 04 : CAIRO
Selepas sarapan pagi , para jemaah akan dibawa melawat : Pyramid / Sphinx / Bazar Minyak Wangi / Bazar Papyrus / Masjid Al-Azhar / Masjid Saidina Hussain / Membeli-belah di Bazar Khan Khalili / Menaiki bot menyusuri Sungai Nil.
Selesai lawatan , balik ke hotel untuk berehat dan makan malam.
HARI 05 : CAIRO / MADINAH
Selepas sarapan pagi , para jemaah akan dibawa ke kilang membuat barang-barang Kristal (Kristal Asfour). Kemudian bertolak ke lapanganterbang Cairo untuk penerbangan ke Madinah. Setiba di Madinah, para jemaah akan ditempatkan ke bilik untuk berehat.
HARI 06 : MADINAH / ZIARAH DALAM
Selepas solat subuh , para jemaah akan dibawa menziarahi Maqam Rasulullah SAW / Saidina Abu Bakar / Saidina Umar / Raudah / Perkuburan Baqi.
HARI 07 : MADINAH / ZIARAH LUAR
Selepas sarapan pagi , para jemaah akan di bawa melawat ke : Masjid Quba / Masjid Qiblatain / Bukit Uhud / Maqam Shuhadak Uhud / Kebun Kurma / Kilang percetakan Al-Quran / Pasar Kurma.
HARI 08 : MADINAH / BIR ALI / MEKAH
Selepas solat asar para jemaah dikehendaki melakukan Ziarah Widak di Maqam Rasulullah . Berlepas ke Mekah AlMukarramah dengan pakaian ihram.
Para jemaah akan berhenti Miqat ( niat mengerjakan umrah ) di Bir Ali. Kemudian bas akan terus membawa jemaah ke hotel di Mekah. Selepas berehat , jemaah akan mengerjakan umrah dengan dipimpin oleh seorang mutawwif
HARI 09 : MEKAH
Acara bebas sepanjang hari . Jemaah dinasihatkan untuk memperbanyakkan amalan ibadah samada mengerjakan ibadah umrah , berzikir atau beriktikaf di Masjidil Haram.
HARI 10 : MEKAH / ZIARAH
Selepas sarapan pagi , para jemaah akan dibawa melawat ke : Jabal Nur / Jabal Tsur / Arafah / Muzdhalifah / Jabal Rahmah / Mina / Jaaranah (jemaah boleh berniat ihram di Jaaranah bagi menyempurnakan ibadah umrah ).
HARI 11 : MEKAH
Acara bebas sepanjang hari . Jemaah dinasihatkan untuk memperbanyakkan amalan ibadah samada mengerjakan ibadah umrah , berzikir atau beriktikaf di Masjidil Haram.
HARI 12 : MEKAH / HUDAIBIYYAH
Pihak kami akan mengaturkan lawatan ke Kilang Kelambu Kaabah , Hudaibiyah dan Ladang Ternakan Unta. Para jemaah boleh berniat ihram di Hudaibiyyah. ( Bagi mereka yang ingin melakukan umrah )
HARI 13 : MEKAH
Acara bebas sepanjang hari . Jemaah dinasihatkan untuk memperbanyakkan amalan ibadah samada mengerjakan ibadah umrah , berzikir atau beriktikaf di Masjidil Haram.
HARI 14 : MEKAH / JEDDAH / CAIRO
Hari terakhir di Mekah.
Para jemaah dikehendaki melakukan tawaf widak sebelum bertolak ke Lapanganterbang Jeddah. Berlepas pulang ke Cairo dengan pesawat MS 662 jam 1830 petang dan dijangka tiba di Cairo jam 2230 malam. Jemaah akan transit di Cairo sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur dengan pesawat MS968 jam 0450 dan dijangka tiba di KLIA jam 2215 malam
HARI 15 : KUALA LUMPUR.
Tiba di KLIA jam 2215 malam
PENGINAPAN :
| Tempat |
Nama Hotel |
Jarak |
| Mekah |
Safoa Taamiz Hotel @ setaraf |
200 meter dari Masjidil Haram (Ghaza) |
| Madinah |
Fayruz Hotel @ setaraf |
100 meter dari Masjid Al-Nabawi |
| Mesir |
Tiba Hotel @ setaraf (3*) |
|
Harga Termasuk:
- Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi dan balik, cukai lapangan terbang dan insuran peperangan
- Penginapan di hotel bertaraf 3 bintang (2 orang sebilik di Cairo )dan (3-4 orang sebilik di Mekah dan Madinah)
- Pengurusan visa umrah
- Lawatan seperti dalam aturcara
- Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam mengikut aturcara
- Air panas dan sejuk 24 jam disediakan
- Pengangkutan seperti dalam aturcara
- Percuma : Beg kembara dari AL-KAWSAR Travel / Beg sandang / Kain ihram / Kain telekung dan Air zamzam 10 liter seorang
Harga TIDAK termasuk:
- Segala perkhidmatan tambahan di hotel
- Bayaran barangan lebih had
- Insuran perjalanan peribadi
- Tips untuk pemandu bas dan pemandu pelancung (ikhlas)
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :
- Passport antarabangsa yang sah 6 bulan dari tarikh berlepas sehingga peserta kembali ke tanahair
- 4 keping gambar warna berukuran 4cm X 6cm , latarbelkang berwarna putih dan saiz muka di gambar 70% - 80% -
Tidak memakai kopiah atau songkok.
- Buku suntikan meningossal dari hospital kerajaan atau klinik swasta
- Salinan surat nikah (suami-isteri) , surat beranak (anak perempuan), salinan kad pengenalan. Bagi ibu tunggal, surat kebenaran dari anak lelaki berumur 18 tahun ke atas beserta salinan surat beranak dan salinan kad pengenalan / bagi perempuan yang berkahwin surat kebenaran dari suami beserta salinan surat nikah dan salinan kad pengenalan
PENDAFTARAN:
Bayaran deposit sebanyak RM 500.00 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 30 hari sebelum berlepas. Bayaran boleh dibuat secara tunai ke pejabat atau dimasukkan ke akaun : ACC NO :562786007683 MAYBANK BERHAD. KOTA KEMUNING, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Bayaran dengan cek boleh dibuat atas nama penerima: AL-KAWSAR TRAVEL & TOURS SDN. BHD. |