
Pakej Umrah & Ziarah Jordan / Syria
Umrah & Ziarah Amman / Syria
|
TARIKH |
PENERBANGAN
|
MASA
|
TEMPOH |
HARGA DARI
(4/3 SEBILIK) |
13 – 26 Mac |
ROYAL JORDANIAN |
cuti sekolah |
14H / 12M |
RM 7,250 |
9 –21 Jun
|
ROYAL JORDANIAN |
cuti sekolah |
14H / 12M |
|
ATURCARA PAKEJ :
HARI 01 : KUL / BKK
Jemaah dikehendaki berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas. Jemaah akan berlepas dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok jam 17:50 dan dijangka tiba di Bangkok jam 18:55 malam.
HARI 02 : AMMAN / BUSRA / DAMSYIK
Meneruskan penerbangan ke Amman dengan penerbangan Royal Jordanian RJ 181 jam 00:30 pagi dan dijangka tiba di Amman jam 05:15. Setiba di Amman jemaah akan disambut oleh wakil kami dan setelah urusan imigresen dan bagasi selesai, jemaah akan dibawa ke Syria melalui jalan darat. Setelah selesai urusan border, bertolak ke Busra melihat kesan sejarah tinggalan kerajaan Nabatian, tapak kaki unta nabi ketika baginda datang berdagang ke bumi Syam bersama bapa saudaranya Abu Talib. Di Bosra juga peserta dapat menyaksikan gereja Rahib Bahira yang masih kekal kesannya. Setelah itu peserta dibawa ke panggung lama Roman Amphiteater. Makan tengahari. Kemudian ke Nawa menziarahi makam Imam Nawawi dan makam Nabi Ayyub a.s. setelah itu perjalanan diteruskan ke Ibu Kota Syria – Damsyik. Petang : sampai di Damsyik, bersiar-siar di Bandar Damsyik dan melihat pemandangan Kota Damsyik dari atas Bukit Qasiyun. Malam : makan malam, Chek-in hotel dan rehat.
HARI 03 : DAMSYIK / QALAMUN
Selesai saarapan pagi, lawatan ke Makam Habil (anak nabi Adam a.s) yang dibunuh oleh saudara kandungnya Qabil, makam tersebut terletak di kawasan pergunungan Qalamun yang terletak di arah barat Damascus, Setelah itu peserta akan dibawa ke Bandar Damascus, melawat Takia Sulaimaniah yang dibina semenjak zaman pemerintahan Othmaniah kemudian peserta dibawa ke Masjid Amawi yang terdapat didalamnya makam Nabi Yahya dan makam panglima Islam ulung Salahuddin Al Ayyubi yang telah membebaskan Baitul Maqdis dari tentera salib. Solat zohor dan asar dan makan tengahari. Petang : Melawat Bazar Hamidiah sambil membeli-belah. Malam : Balik ke hotel. Makam malam dan rehat.
HARI 04 : DAMSYIK / MA’LULA / HOMS
Pagi : sarapan pagi. Bertolak Ma`lula, perkampungan yang didiami oleh anak murid nabi Isa a.s yang bernama Taqla satu ketika dahulu dan masyarakatnya masih lagi bertutur dalam bahasa Taqla iaitu bahasa Arameks. Kemudian perjalanan diteruskan ke Homs melawat Bandar ketiga terbesar di Syria, disini peserta dapat menziarahi makam Sahabat Nabi Muhammad iaitu Khalid Al Walid, pejuang Islam yang tidak pernah kalah dalam peperangan, beliau di gelar oleh Nabi sebagai Pedang Allah (saifullah) lantaran kehebatannya dan kemahirannya dalam peperangan. Setelah itu perjalanan diteruskan ke Kota Kubu Crack yang terletak berdekatan sempadan utara Lubnan, makan tengahari dan melawat kota Crack, kota yang pernah diduduki oleh Tentera Salib satu ketika dahulu dan juga raja Zahir Bebras, salah seorang raja kerajaan Mamalik. Jika berkesempatan peserta akan dibawa melihat kincir air yang dibina semenjak ribuan tahun. Petang : balik ke Damascus.
HARI 05 : DAMSYIK / AMMAN / JEDDAH
sarapan pagi. Waktu bebas. Jam 12 tengahari : Chek-out hotel. Makan tengahari. Kemudian menziarahi makam para sahabat ( spt: Muawiyah bin Abi Suffian , Bilal bin Rabah dan ramai lagi ) dan isteri nabi ( Ummu Habibah / Ummu Salamah ) di Bab Saghir. Kemudian perjalanan diteruskan ke Amman, Jordan. Malam : jam 8 malam sampai airport Queen Alia, Amman, Jordan.
Berlepas ke Jeddah jam 2135 dan dijangka tiba di Jeddah jam 2345.
HARI 06 : MADINAH
Setiba di Jeddah dan setelah urusan imigrisin dan bagasi selesai , peserta akan disambut oleh wakil kami . Kemudian jemaah akan di bawa ke Madinah dengan bas. Setiba di Madinah , check-in hotel. Kemudian ,jemaah akan dibawa ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat sunat dan seterusnya melawat : Maqam Rasulullah s.a.w, Maqam Saidina Abu Bakar r.a. dan Maqam Saidina Umar r.a. , Raudhah dan Perkuburan Baqie.
HARI 07 : MADINAH / ZIARAH
Selepas solat subuh jemaah berkumpul di lobi hotel untuk acara lawatan sekitar kota Madinah : Jabal Uhud / Masjid Quba’ / Masjid Qiblatain / Masjid Tujuh / Pasar Kurma.
Lawatan ke Kilang Percetakan Al-Quran akan dibuat setelah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa di sana.
HARI 08 : MADINAH / MEKAH
Selepas solat asar para jemaah dikehendaki melakukan Ziarah Widak di Maqam Rasulullah . Berlepas ke Mekah Al-Mukarramah dengan pakaian ihram. Para jemaah akan berhenti Miqat ( niat mengerjakan umrah ) di Bir Ali. Kemudian bas akan terus membawa jemaah ke hotel di Mekah. Selepas berehat , jemaah akan mengerjakan umrah dengan dipimpin oleh seorang mutawwif
HARI 09 : MEKAH
Acara bebas sepanjang hari . Jemaah digalakkan melakukan ibadah umrah dan iktikaf di Masjidil haram.
HARI 10 : MEKAH / ZIARAH
Ziarah ke : Jabal Nur / Jabal Tsur / Arafah / Muzdhalifah / Jabal Rahmah / Mina / Jaaranah (jemaah boleh berniat ihram di Jaaranah bagi menyempurnakan ibadah umrah ).
HARI 11 - 12 : MEKAH / HUDAIBIYYAH
Acara bebas sepanjang hari . Jemaah digalakkan melakukan ibadah umrah dan iktikaf di Masjidil haram.
Pihak kami akan mengaturkan lawatan ke Kilang Kelambu Kaabah , Hudaibiyah dan Ladang Ternakan Unta. Para jemaah boleh berniat ihram di Hudaibiyyah. ( Bagi mereka yang ingin melakukan umrah )
HARI 13 : MEKAH / JEDDAH / AMMAN
Hari terakhir di Mekah.
Para jemaah dikehendaki melakukan tawaf widak sebelum bertolak ke Lapanganterbang Jeddah. Berlepas pulang ke Amman dengan pesawat jam 07:00 pagi dan dijangka tiba di Amman jam 09:00 pagi. Setiba di Amman , para jemaah akan di bawa ke hotel Alia Gateway. Selepas solat zohor dan makan tengahari , jemaah akan dibawa melawat Laut Mati , Maqam Nabi Syuib , Gua Ashabul Kahfi dan Bandar Amman.
HARI 14 : AMMAN / BANGKOK / KUALA LUMPUR
Bertolak ke Bangkok jam 02:05 pagi dan dijangka tiba di Bangkok jam 14:55 petang. Meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur jam 19:40 dan dijangka tiba di KLIA jam 22:45
PENGINAPAN :
| Tempat |
Nama Hotel |
Jarak |
| Mekah |
Safoa Taamiz Hotel @ setaraf |
200 meter dari Masjidil Haram (Ghaza) |
| Madinah |
Fayruz Hotel @ setaraf |
100 meter dari Masjid Al-Nabawi |
| Syria |
Al-Bustan Hotel & setaraf |
|
| Amman, Jordan |
Alia Gateway |
|
NOTE :
- Untuk 2 orang sebilik di Mekah dan Madinah tambahan sebanyak RM 300 seorang
- Harga tertakluk kepada pertukaran matawang asing , caj minyak dan harga tiket kapalterbang
Harga Termasuk:
- Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi dan balik, cukai lapangan terbang dan insuran peperangan
- Penginapan di hotel bertaraf 3 bintang (2 orang sebilik di Cairo) dan (3-4 orang sebilik di Mekah dan Madinah)
- Pengurusan visa umrah
- Lawatan seperti dalam aturcara
- Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam mengikut aturcara
- Air panas dan sejuk 24 jam disediakan
- Pengangkutan seperti dalam aturcara
- Percuma : Beg kembara dari AL-KAWSAR Travel / Beg sandang / Kain ihram / Kain telekung dan Air zamzam 10 liter seorang
Harga TIDAK termasuk:
- Segala perkhidmatan tambahan di hotel
- Bayaran barangan lebih had
- Insuran perjalanan peribadi
- Tips untuk pemandu bas dan pemandu pelancung (ikhlas)
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :
- Passport antarabangsa yang sah 6 bulan dari tarikh berlepas sehingga peserta kembali ke tanahair
- 4 keping gambar warna berukuran 4cm X 6cm , latarbelkang berwarna putih dan saiz muka di gambar 70% - 80% -
Tidak memakai kopiah atau songkok.
- Buku suntikan meningossal dari hospital kerajaan atau klinik swasta
- Salinan surat nikah (suami-isteri) , surat beranak (anak perempuan), salinan kad pengenalan. Bagi ibu tunggal , surat kebenaran dari anak lelaki berumur 18 tahun ke atas beserta salinan surat beranak dan salinan kad pengenalan / bagi perempuan yang berkahwin surat kebenaran dari suami beserta salinan surat nikah dan salinan kad pengenalan
PENDAFTARAN:
Bayaran deposit sebanyak RM 500.00 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 30 hari sebelum berlepas. Bayaran boleh dibuat secara tunai ke pejabat atau dimasukkan ke akaun : ACC NO :562786007683 MAYBANK BERHAD. KOTA KEMUNING, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Bayaran dengan cek boleh dibuat atas nama penerima: AL-KAWSAR TRAVEL & TOURS SDN. BHD. |