Logo
Halaman Utama Umrah & Ziarah Muslim Tour Pakej Domestik Profil Syarikat Galeri Hubungi Kami

Pakej Umrah & Ziarah Istanbul

Umrah & Ziarah Istanbul
TARIKH
PENERBANGAN
MASA
TEMPOH
HARGA DARI
(4/3 SEBILIK)
7 – 21 Apr
TURKISH AIRLINES
biasa
15H / 12M
RM 7,450
2 - 16 Jun
TURKISH AIRLINES
cuti sekolah
15H / 12M
RM 7,450

ATURCARA PAKEJ :

HARI 01- 02 : KUL / CAIRO / ISTANBUL
Jemaah dikehendaki berkumpul di KLIA Sepang 3 jam sebelum berlepas. Berlepas ke Cairo dengan penerbangan EGYPT AIR MS 969  jam 2345 malam dan dijangka tiba di Cairo jam 0650 pagi. Transit di Cairo. Meneruskan penerbangan ke Istanbul jam 1045 dan dijangka tiba jam 1300. Tiba di Lapanganterbang Istanbul. Peserta akan disambut oleh wakil kami. Kemudian dibawa ke hotel untuk urusan daftar masuk dan rehat. Acara bebas

HARI 03 : ISTANBUL
Selepas sarapan pagi , peserta akan dibawa melawat :

1. Istana Topkapi ( istana yang digunakan oleh pemerintahan Osmaniyah . Terdapat di dalamnya barang-barang bersejarah dari Nabi Muhammad dan para sahabat seperti : janggut , rambut , cincin , pedang)

2.    Masjid Biru yang terkenal dengan 6 menara. Masjid ini telah dibina oleh Sultan Ahmad pada  tahun 1606.

3.     Hippodrome (menyimpan ribuan tahun tugu   peringatan dari bangsa-bangsa yang pernah memerintah Istanbul  

4.     Muzium Aya Sophia (sebuah gereja yg dibina pada abad ke-14 ditukar   menjadi masjid pada tahun 1453. Kemudian dijadikan museum). Selepas makan tengahari , lawatan ke Maqam Sahabat Nabi Abu Ayyub Al-Ansari. Selesai lawatan transfer ke hotel untuk berehat.

HARI 04 : ISTANBUL
Selepas sarapan pagi , melawat Museum Kesenian Islam dan Membeli-belah di Grand Bazaar (pusat jualan cenderamata yang terkenal dan mempunyai lebih 4000 kedai  yang menjual barangan antik,  perhiasan, karpet dll.
Kemudian peserta akan dibawa menuju ke Pengkalan Gelata. Sebelum menaiki bot , peserta akan dibawa ke Bazar Misr . Di sini terdapat pelbagai barang cenderamata , kacang dan sebagainya. Kemudian dibawa menaiki ferry-boat untuk melayari Selat Bosporus (selat yang memisahkan Benua Asia dan Eropah). Sepanjang pelayaran peserta akan dapat  menikmati pemandangan indah istana , rumah persinggahan dan dua jambatan gantung. Selesai lawatan , balik ke hotel. Makan malam di restoran tempatan.

HARI 05 :  ISTANBUL / BURSA / ISTANBUL
Selepas sarapan pagi , bertolak ke Bursa. Dalam perjalanan singgah sebentar untuk melawat Maqam Nabi Yusa’/ tempat pertemuan antara Nabi Hidhir dan Ilyas bertemu . Meneruskan perjalanan ke Uskudar dan Kuzguncuk. Melawat Masjid Hijau  dan membeli-belah di Bazar Sutera ( silk bazaar ). Petang , bertolak balik ke Istanbul.

HARI 06 :  ISTANBUL / CAIRO / JEDDAH
Selepas sarapan , bertolak ke airport untuk penerbangan ke Cairo. Berlepas jam 1045 dan tiba di Cairo jam 1300 petang. Transit di Cairo. Meneruskan penerbangan ke Madinah jam 2345 malam dan dijangka tiba di Madinah jam 0140 pagi.

HARI 07 :  MADINAH
Setibanya di Madinah jemaah akan ditempatkan di hotel untuk berehat.  Selepas solat subuh , peserta akan dibawa melawat ke : Maqam Rasulullah s.a.w, Maqam Saidina Abu Bakar r.a. dan Maqam Saidina Umar r.a.

HARI 08 : MADINAH / ZIARAH LUAR
Selepas solat subuh jemaah berkumpul di lobi hotel untuk acara lawatan sekitar kota Madinah :  Jabal Uhud / Masjid Quba’ / Masjid Qiblatain / Masjid Tujuh / Pasar Kurma.
Lawatan ke Kilang Percetakan Al-Quran akan dibuat setelah mendapat kebenaran dari pihak  berkuasa di sana.

HARI 09 : MADINAH
Acara bebas.

HARI 10 : MADINAH / MEKAH
Selepas solat asar para jemaah dikehendaki melakukan Ziarah Widak di Maqam Rasulullah . Berlepas  ke Mekah
Al-Mukarramah dengan pakaian ihram.  Para jemaah akan berhenti Miqat ( niat mengerjakan umrah ) di Bir Ali. Kemudian bas akan terus  membawa jemaah ke hotel di Mekah. Selepas berehat , jemaah akan mengerjakan  umrah dengan dipimpin oleh seorang mutawwif

HARI 11  : MEKAH
Acara bebas sepanjang hari . Jemaah digalakkan memperbanyakkan  melakukan ibadah umrah dan iktikaf di Masjidil haram.

HARI 12 : MEKAH / ZIARAH
Ziarah ke : Jabal Nur /  Jabal Tsur / Arafah /  Muzdhalifah / Jabal Rahmah / Mina / Jaaranah (jemaah boleh berniat ihram di Jaaranah bagi menyempurnakan ibadah umrah ).

HARI 13 : MEKAH / HUDAIBIYYAH
Melawat ke Kilang Kelambu Kaabah , Hudaibiyah dan Ladang Ternakan Unta. Para jemaah boleh berniat ihram di Hudaibiyyah. ( Bagi mereka yang ingin melakukan umrah )

HARI 14 : MEKAH / JEDDAH / CAIRO                          
Hari terakhir di Mekah.
Para jemaah dikehendaki melakukan tawaf widak sebelum bertolak ke Lapanganterbang Jeddah.  Berlepas pulang ke Cairo dengan pesawat MS 662 jam 1830 petang dan dijangka tiba di Cairo jam 2230 malam.
Jemaah akan transit di Cairo sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur dengan pesawat MS968 jam 0450 dan dijangka tiba di KLIA  jam 2215 malam

HARI 15 : KUALA LUMPUR.                                           
Tiba di KLIA jam 2215 malam

PENGINAPAN :

Tempat Nama Hotel Jarak
Mekah Safoa Taamiz Hotel @ setaraf 200 meter dari Masjidil Haram (Ghaza)
Madinah Fayruz Hotel @ setaraf 100 meter dari Masjid Al-Nabawi
Istanbul Golden Hill Hotel @ setaraf  

NOTE :

  1. Untuk 2 orang sebilik di Mekah dan Madinah tambahan sebanyak RM 300 seorang
  2. Harga tertakluk kepada pertukaran matawang asing , caj minyak dan harga tiket kapalterbang

Harga Termasuk:

  1. Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi dan balik, cukai lapangan terbang dan insuran peperangan
  2. Penginapan di hotel bertaraf 3 bintang (2 orang sebilik di Cairo) dan (3-4 orang sebilik di Mekah dan Madinah)
  3. Pengurusan visa umrah
  4. Lawatan seperti dalam aturcara
  5. Sarapan pagi, makan tengahari dan  makan malam mengikut aturcara
  6. Air panas dan sejuk 24 jam disediakan
  7. Pengangkutan seperti dalam aturcara
  8. Percuma : Beg kembara dari AL-KAWSAR Travel / Beg sandang / Kain ihram / Kain telekung dan Air zamzam 10 liter seorang

Harga TIDAK termasuk:

  1. Segala perkhidmatan tambahan di hotel
  2. Bayaran barangan lebih had
  3. Insuran perjalanan peribadi
  4. Tips untuk pemandu bas dan pemandu pelancung (ikhlas)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :

  1. Passport antarabangsa yang sah  6 bulan dari tarikh berlepas sehingga peserta kembali ke tanahair
  2. 4 keping gambar warna berukuran 4cm X 6cm , latarbelkang berwarna putih dan saiz muka di gambar 70% - 80% - Tidak memakai kopiah atau songkok.
  3. Buku suntikan meningossal dari hospital kerajaan atau klinik swasta
  4. Salinan surat nikah (suami-isteri) , surat beranak (anak perempuan), salinan kad pengenalan. Bagi ibu tunggal , surat kebenaran dari anak lelaki berumur 18 tahun ke atas beserta salinan surat beranak dan salinan kad pengenalan / bagi perempuan yang berkahwin surat kebenaran dari suami beserta salinan surat nikah dan salinan kad pengenalan

PENDAFTARAN:
Bayaran deposit sebanyak RM 500.00 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 30 hari  sebelum berlepas. Bayaran boleh dibuat secara tunai ke pejabat atau dimasukkan ke  akaun : ACC NO :562786007683 MAYBANK BERHAD. KOTA KEMUNING, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Bayaran dengan cek boleh dibuat atas nama penerima:  AL-KAWSAR TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

Pakej Menarik

Menarik Syria

Istanbul

Beijing