Logo

Pakej Muslim Tour ke Padang, Indonesia

PADANG/ BUKIT TINGGI
Harga dari    : RM650

Aturcara Pakej :

HARI 01          : KUALA LUMPUR / PADANG / BUKIT TINGGI   (mt/mm)
Berkumpul di LCCT  3 jam sebelum berlepas . Setibanya di Lapanganterbang Tabing Padang , peserta akan disambut oleh wakil syarikat. Kemudian peserta akan dibawa ke Bukit Tinggi dan dalam perjalanan peserta akan melalui Lembah Anai dimana anda akan dapat menyaksikan keindahan panorama dan Air Terjun Lembah Anai.  Makan tengahari di restoran tempatan. Kemudian perjalanan diteruskan menuju ke Pandai Sikek sambil menyaksikan pembuatan tenunan kain songket dan ukiran kayu. Tiba di Bukit Tinggi dan check-in hotel. Peserta akan dibawa membeli-belah souvenir di Pasar Atas dan jam Gadang. Makan malam di restoran tempatan. Acara bebas

HARI 02          : BUKIT TINGGI / MINANGKABAU            (sp/mt/mm)
Selepas sarapan pagi , peserta akan dibawa melawat ke Pusat Sulaman Hajah Rosma di Desa Baso. Berhenti sebentar di Tabek Patah untuk melihat proses pembuatan kerepek pisang dan kopi. Meneruskan perjalanan ke Batu Sangkar untuk melihat Istana Lindungan Bulan. Makan tengahari di restoran tempatan . Kemudian peserta akan meneruskan lawatan ke Danau Singkarak yang merupakan danau yang terbesar di Sumatera Barat. Makan malam di restoran tempatan dan dilanjutkan dengan menyaksikan Pertunjukan Keseniaan Tradisional Minagkabau ( optional ).

HARI 03          : BUKIT TINGGI / MANINJAU         (sp/mt/mm)
Selepas sarapan pagi , peserta akan dibawa melawat ke Panorama Ngarai Sianok , Terowong Tentera Jepun. Kemudian peserta akan dibawa melawat ke sekitar Kota Gadang tempat pertukangan tangan perak. Kemudian , peserta akan dibawa ke Rumah dan Muzium Prof Buya HAMKA dan Tasik Maninjau.  Kemudian perjalanan diteruskan ke Padang dan setibanya di sana terus check-in hotel. Makan malam akan disediakan di restoran tempatan

HARI 04          : PADANG / KUALA LUMPUR        (sp)
Selepas sarapan pagi , acara bebas. Kemudian peserta akan bertolak ke Lapanganterbang Tabing , Padang untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur.

PENGINAPAN :
PADANG          : INNA MUARA HOTEL                         
BUKIT TINGGI  : KHARISMA HOTEL

HARGA TERMASUK :

  1. Penginapan di hotel bertaraf 3 bintang 
  2. Pengangkutan dengan kenderaan berhawa dingin dan selesa
  3. Makan 3 x sehari mengikut pakej
  4. Lawatan sebagaimana dalam aturcara

 
HARGA TIDAK TERMASUK :

  1. Tiket penerbangan pergi balik dengan penerbangan AirAsia
  2. Tips (RM20.00)
  3. Cukai Lapnganterbang di Padang (RM40.00)

Pakej Menarik

Cairo

Fayyoum

Iskandariah

Sinai