Logo

Pakej Muslim Tour ke Medan - Danau Toba

MEDAN – DANAU TOBA
4 HARI / 3 MALAM
Harga dari RM 550

ATURCARA LAWATAN :

HARI 01 :  KUALA LUMPUR - MEDAN - PARAPAT (MT/MM)
Tiba di Polonia International Airport anda akan disambut oleh wakil Al-Kawsar. Kemudian anda akan dibawa ke Parapat, Lake Toba melalui Tebing Tinggi dan Pematang Siantar. Makan tengahari di restoran tempatan. Singgah sebentar di "Patent Shop" di Pematang Siantar. Bagi anda yang meminati barangan kulit, peluang ini tidak harus dilepaskan. Check-in dan makan malam di hotel. Nikmati kedinginan dan suasana malam di Parapat, Lake Toba.

HARI 02 : PARAPAT - SAMOSIR - BERASTAGI (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa menaiki Ferry Cruise, melawat perkampungan Tomok dan Ambarita yang unik. Makan tengahari di restoran tempatan dan seterusnya sambung perjalanan ke Berastagi melalui Simarjarunjung dan air terjun Sipiso Piso. Saksikan keindahan air terjun yang menjadi tarikan ramai. Tiba di Berastagi, anda akan dibawa ke Fruits Central Market. Anda boleh membeli berbagai jenis buah-buahan tempatan yang enak di sini. Check-in hotel. Makan malam di restoran tempatan.

HARI 03 :  BERASTAGI – MEDAN (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel, check-out hotel. Perjalanan diteruskan ke Medan melalui Sibolangit. Sampai sahaja, "City Tour Medan City" dan anda akan dibawa membeli-belah di Batik Center, Plaza Super Market dan Pasar Ikan. Perbagai barang-barang perhiasan, cenderahati, pakaian dan sebagainya dijual disini. Check-in hotel. Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan.

HARI 04 : MEDAN – KUALA LUMPUR (SP)
Selepas sarapan, aktiviti bebas.Kemudian bertolak ke lapangan terbang Medan untuk penerbangan balik ke Malaysia.

Penginapan :
MEDAN         : ANTARES HOTEL
PARAPAT     : DANAU TOBA INTERNASIONAL HOTEL
BERASTAGI : SIBAYAK HOTEL

HARGA TERMASUK :

  1. Penginapan di hotel bertaraf 3 bintang 
  2. Pengangkutan dengan kenderaan berhawa dingin dan selesa
  3. Makan 3 x sehari mengikut pakej
  4. Lawatan sebagaimana dalam aturcara

 
HARGA TIDAK TERMASUK :

  1. Tiket penerbangan pergi balik dengan penerbangan AirAsia
  2. Tips (RM20.00)
  3. Cukai Lapnganterbang di Medan (RM40.00)

Pakej Menarik

Cairo

Fayyoum

Iskandariah

Sinai