
Pakej Kembaran Ilmu & Jejak Rasul
Kembara Ilmu & Jejak Rasul
(Kaherah - Fayyoum - Iskandariah - Sinai) |
TARIKH
CADANGAN
|
PENERBANGAN
|
TEMPOH
|
HARGA |
| 03 - 12 Dis 2011 |
GULF AIR |
10 HARI |
RM 4,800 (DEWASA)
RM 4,400
(KANAK-KANAK) |
ATURCARA
HARI 01 : KUALA LUMPUR / BAHRAIN / CAIRO
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas dengan pesawat Gulf Air
untuk penerbangan ke Cairo melalui Bahrain. Setibanya di Bahrain, anda
akan dibawa ke hotel untuk bermalam.
HARI 02 : CAIRO
Meneruskan penerbangan ke Cairo. Setiba di Cairo, peserta akan
disambut oleh wakil kami. Setelah urusan imigresen dan bagasi selesai
para jemaah akan di bawa melawat ke Muzium Negara / Kilang Kristal.
Selesai lawatan daftar masuk hotel dan berehat.
HARI 03 : CAIRO
Selepas sarapan pagi, peserta akan dibawa melawat ke 9 buah
Pyramid (antara yang terbesar di Mesir) / Sphinx / Kedai Minyak Wangi /
Kedai Papyrus / Masjid Al-Azhar / Masjid Saidina Hussain / Membeli-belah
di Bazar Khan Khalili / Menaiki bot menyusuri Sungai Nil.
Selesai lawatan balik ke hotel.
HARI 04 : CAIRO / ISKANDARIAH
Selepas sarapan pagi, para jemaah akan di bawa ke Bandaraya
Iskandariah yang terletak di persisiran Laut Madetaranean. Perjalanan
mengambil masa lebih kurang 4-5 jam dan di sana para jemaah akan melawat
: Maqam nabi Daniel / Maqam Lukman Al-Hakim / Kebun Bunga Montaza /
Istana Raja Farouk / Kubu Pertahanan Sultan Qaitbey / Maqam Imam
Al-Busiri.
Selesai lawatan, balik ke Kaherah.
HARI 05 – 06 : CAIRO / SINAI
Selepas sarapan pagi, peserta akan bertolak ke Semenanjung Sinai
sejauh 430 km. Dalam perjalanan, melawat Terusan Suez / Bekas Kubu
Pertahanan Tentera Israel ketika menentang Mesir pada tahun1973 /
12 Telaga Pengikut Nabi Musa / Hamam (Tempat mandi) Firaun. Tiba di
St. Katherine daftar masuk hotel, makan malam dan rehat.
Pada tengah malam bertolak ke kaki gunung Musa untuk mendaki ke
puncaknya setinggi 2225 m. Pendakian mengambil masa lebih kurang 3-4
jam. Di puncak Gunung Musa, peserta dapat melihat Tempat Nabi Musa
bermunajat kepada Allah dan melihat panorama matahari terbit.
Kemudian melawat Lembu Samiri / Maqam nabi Harun / Maqam nabi Salleh.
Pada sebelah petang, bertolak balik ke Kaherah.
HARI 07 : CAIRO
Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa melawat : Masjid
Amru Al-Ass (masjid pertama dibina di Benua Afrika) dan Masjid serta
Maqam Imam Shafie / Masjid Sultan Hassan / Masjid Rifaee / Kubu
pertahanan Sultan Salahuddin Al-Ayubbi / Istana Jawhara / Masjid Muhamad
Ali Pasha / Medan Anwar Sadat / Panorama Perang 6 Oktober 1973.
Selesai lawatan, balik ke hotel untuk berehat dan makan malam.
HARI 08 : CAIRO / FAYYOUM
Selepas sarapan pagi, peserta akan dibawa ke Fayyoum sejauh 95 km.
Di Fayyoum peserta akan dibawa ke Tasik Qarun / Kincir Air (sistem
pengairan zaman dahulu) dan Bandar Fayyoum.
Petang balik ke Cairo.
HARI 09 : CAIRO / KUALA LUMPUR
Selepas sarapan pagi, acara bebas. Berangkat ke Lapangan terbang
Kaherah untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur.
HARI 10 : CAIRO / KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur.
HARGA TERMASUK :
- Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi.
- Penginapan di hotel bertaraf 3 bintang.
- Pengangkutan dengan kenderaan berhawa dingin dan selesa.
- Makan 3 x sehari mengikut pakej.
- Lawatan sebagaimana dalam aturcara.
HARGA TIDAK TERMASUK :
- Tip kepada pemandu pelancong / Bayaran minuman semasa makan di
restoran tempatan seperti soft drink, tea, kopi.
- Bayaran optional : Nile Cruise : USD 30 / Sound & Light di
Pyramid : USD 25.
|